Adakah "Journalism" satu bidang yang patut saya ambil?

Kena sedar yang bidang kewartawanan zaman ibubapa kau sangatlah berbeza dengan sekarang. Ok je, tapi jangan mengharap akan terus dapat kerja sedap dalam suratkhabar, stesen televisyen, macam zaman dulu-dulu.

Sekarang semuanya kearah kandungan digital. Majikan nakkan seseorang yang celik teknologi, cepat muatnaik kandungan. Setakat ada ijazah kewartawanan tak cukup.. kena ada kebolehan media digital macam edit gambar dan video, pengurusan media sosial. Sekarang ni skill edit media guna aplikasi macam Canva dengan Capcut pun orang letak dalam resume.

Persaingan sengit sebab graduan non-media/non-masscomm pun akan bersaing dengan kau. Tapi sangat relevan, jadi kau sendiri kena belajar ilmu-ilmu yang takkan diajar kat universiti. Sekarang ni semua berita kena bite-sized.

Yang lain-lain tu, kau kena mantapkan kebolehan berbahasa (Melayu & Inggeris, Tamil dan Mandarin kalau nak guna untuk segmen India/Cina). Dan lagi satu, latih diri jawab soalan temu duga sebab ada universiti awam akan temu duga calon yang memohon tempat kemasukan.

Sumber: aku tanya ahli keluarga yang ambil ijazah kewartawanan. Dia pernah kerja kat syarikat media digital dan juga stesen televisyen satelit.

/r/malaysia Thread