Malaysia’s Dangerous Path (Articles Comparison)

. Pak Bijan seorang peniaga yang jujur, mencari nafkah dengan menjual karipap. Dia duduk di hujung kampung bersama isterinya, Mawar Merah .

Walaupun Pak Bijan bukanlah seorang yang kaya tetapi isterinya seorang yang boros. Isterinya suka menghabiskan duit pencarian Pak Bijan dengan membeli tas tangan, kasut dan pakaian mahal untuk dipakai ke kenduri kendara.

Pada satu hari, Pak Bijan berjalan ke bandar untuk menyimpan duit hasil jualan karipap. Ini untuk mengelakkan duitnya terus dibelanjakan oleh isterinya.

Pabila lalu kat kawasan tasik, Pak Bijan tergelincir dan beg duitnya terjatuh ke dalam tasik. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Bijan.

Pari Pari: Kenapa dengan kau?

Pak Bijan: Beg aku terjatuh ke dalam tasik.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama beg berisi $1.3 bilion.

Pari Pari: Inikah beg engkau?

Pak Bijan: Tidak, itu bukan beg aku.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama beg berisi duit sebanyak $1299999963.00.

Pari Pari: Inikah beg engkau?

Pak Bijan: Tidak, duit dalam beg aku sedikit sahaja.

Pari pari pun menyelam dan kembali bersama beg berisi $37.00.

Pari Pari: Inikah beg engkau?

Pak Bijan: Ya, itulah beg aku.

Pari Pari Tasik suka sikap Pak Bijan yang jujur lalu memberikan ketiga-tiga beg itu yang berjumlah $2.6 bilion kepadanya.

Lantas Pak Bijan pulang ke rumah dan memberitahu isterinya tentang perkara tersebut. Alangkah gembira bukan kepalang isterinya bila mengetahui suaminya sudah menjadi bilionwan.

Mawar Merah terus mengajak suaminya ke bandar. Ingin ditunaikan cita-citanya memiliki kapal terbang persendirian di samping tas tangan, kasut dan pakaian yang mahal. Pasti isteri Berack Okama pun akan iri hati dengannya nanti.

Sewaktu melalui tasik yang sama, tumit kasut tinggi Mawar Merah yang dibelinya di Petaling Street terpatah lalu dia terjatuh ke dalam tasik.

Maka timbullah Pari Pari Tasik bersama Hasmiza Othman.

Pari-pari pun bertanya;" Adakah si cantik manis yang menawan ini isteri engkau yang terjatuh ke dalam tasik".

Sambil menangis Pak Bijan menjawab... "ya, itulah isteriku..."

Pari Pari pun marah, "Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa dulu telah menjadi tamak".

Sambil menahan pilu Pak Bijan menjawab, "Aku bukan tamak, kalau aku kata 'tidak' pada Hasmiza Othman... kau mungkin akan bawakan pula wanita lain...kalau aku katakan 'tidak' juga, barulah kau bawakan isteriku...bila aku kata 'ya', kau akan berikan mereka bertiga padaku termasuk isteriku...".

"Isteriku yang mempunyai nafsu yang buas itu pasti akan menghabiskan semua duit yang kau berikan kepadaku. Bukankah duit itu lebih baik dibelanjakan untuk pembangunan kemudahan, fasiliti dan infrastruktur di kampungku?"

Pari Pari Tasik tersentak mendengar jawapan Pak Bijan lalu dia menjadikan Pak Bijan ketua kampung. Maka bermulah pemerintahan Pak Bijan yang banyak memberi manfaat kepada rakyat.

Pentadbirannya yang disanjungi di mata dunia sering mendapat liputan WSJ(Warkah Suara Jibby)

.

/r/malaysia Thread Link - huffingtonpost.com